Saturday, 25 January 2014

Bila sebut pasal jatuh cinta pandang pertama, mesti ramai yang senyum sendiri. Biasalah manusia... mudah tergoda. Hahaha... Yang empunya diri ni pun hari-hari tergoda tengok ciptaan Allah yang sempurna. Tapi, kali ni nak share sikit about jatuh cinta pandang pertama kat somebody masa travel jauh sikit hari tu.

Tarikh : 29 May 2013
Lokasi : Kedai cenderamata  Tokyo Disneyland 
Masa   : Tak ingat.... heehheheh..

Pagi-pagi sampai kat Tokyo Disneyland memang tak tau nak cakap macam mana la. Sangat-sangat le excited. Cita-cita since budak-budak dulu dah tercapai. Tapi tu lain kali cerita ye.... Fokus ye Yatt weh... Anyway, masuk kedai cenderamata sebab nak beli hiasan kepala yang pelbagai rupa. Tengok ramai je yang pakai... kita pun nak le jugak. Hahhaaa... Comel je yang Mickey Mouse  punya cekak rambut tu.

With beautiful Junko and my Mickey ears.

Tiba-tiba, tinggggg.... Angkat je kepala nampak le sorang mamat Jepun yang tinggi dan gagah perkasa. Tapi yang paling penting mamat ni teramat handsome di mata ku. Tapi macam pelik je baju dia. Dah le rambut siap ikat lagi. For the first time in my life terpaku tengok seseorang. Lupa kejap kat abang Takuya Kimura tersayang... hahhaahahaha...

Lebih kurang 5 saat berdiri tegak di tengah-tengah jalan dan halang orang belakang nak lalu, baru tersedar. Terus mencari Kak Sham, my travel partner, dan Junko, sahabat Jepun yang belanja kami ke Disneyland. (sayang Junko banyak-banyak). Diorang bantai gelak je bila tengok mamat tu. Rupa-rupanya dia and few of his friends tu sebenarnya ahli Sumo. Kalau tengok kawan- kawan dia yang berempat tadi memang le badan macam ahli Sumo, tapi my Abang Sumo tak besar sangat pun.  

Masa itulah rasa berdebar-debar dan malu sendiri bila dia look at me. Awwww... tersipu-sipu macam siput sedut pulak rasa. Then, sepanjang hari jalan-jalan and main-main kat dalam Disneyland tu, asyik terserempak je dengan my Abang Sumo. Siap berangan dia pun jatuh hati kat kita... hahahahaah... tak dapat ditolong dah bila perasan cam tu. Punyalah malu nak bergambar, tapi Junko dah hilang sabar tengok kita tersiput sedut kat situ. Terus dia pergi kat my Abang Sumo and cakap ada orang nak bergambar. Memang muka dah panas, and memang merah pun muka dah sebab segan. Tapi beranikan diri jugak, and berdiri kat sebelah dia. Hehheheeh... terasa comel pulak diri kat sebelah dia sebab dia tall and big. Ohhhh.... happy happy happy!!!

Hmmmmm... ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan renyai-renyai di Disneyland di tengah hari. Tibalah masa nak balik. Berakhirlah kisah jatuh cinta pandang pertama dan bertepuk sebelah tangan ni. Tapi takpe, agak-agak rindu (weekkk.... geli...), tengok le gambar. Nak tengok?

The gorgeous Abang Sumo standing beside me makes shy... hehehehe...
Terasa kecik and comel je berdiri sebelah yang tinggi dan besar.


With Kak Sham.
Hehehe.... cuba tengok sikit siapa yang sedang main handphone kat belakang tu...



Barisan ahli Sumo yang jalan-jalan enjoy dan berehat di Disneyland.
My abang Sumo kecik je compared to his friends.

So, stop kat sini dulu. Coretan ni just untuk suka-suka. Nothing serious. Terpulanglah kepada siapa yang membaca nak fikir apa.




Wednesday, 1 January 2014

Selamat Tahun Baru? Hmmmm....

Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru.
Selamat ke? Sama-samalah kita berdoa ye. Well, diri ini tak merancang or membuat azam baru pun. Dah lama tak berazam pun. For me, a new year is just another holiday. Hari untuk berehat dan bersedia sebelum berperang dengan mereka yang tidak mahu belajar, juga berkelah dengan mereka yang mahu meneroka ke rimba ilmu dan lautan pengetahuan. Chewahhh... ter'puitis' sekejap bahasaku.

 Anyway, it is 3.17 a.m. and I can't sleep. Puas sudah golek ke kiri dan kanan. Cuaca sejuk camni tak boleh nak tido. Lemak kat badan ni hanyalah hiasan semata2. So, baik merepek sikit2. Dari berangan yang bukan2, baik ambik kesempatan mengimbas kembali tahun 2013 yang baru 3 jam lebih berlalu.

Yang paling menggembirakan tahun 2013 ni tentulah sewaktu dapat menjejakkan kaki di negara matahari terbit. Cita2 dari kecik lagi tu nak pergi sana. My obsession with everything Japan akhirnya berbaloi. 10 tahun berangan dan merancang dengan Kak Sham, my best friend kat bumi Keratong ni, akhirnya menjadi realiti. 28 May 2013 menjadi tarikh keramat. Seminggu di sana menyedarkan diri ini betapa jauh lagi perjalanan menyediakan dan menyedarkan anak-anak didik betapa ketinggalannya kita semua dari segi sikap berbanding masyarakat Jepun. Takpe. Tahun ni cuba lagi. Biarpun seorang je yang mampu berubah, itu dah kira satu kejayaan. Heyyy... bukan senang ye nak berubah jadi baik. Hehehehehehe...


Tokyo Disneyland with Kak Sham, Junko and Donald Duck. 


Sushi time... memang beza la rasanya dengan sushi kat Malaysia. Sedap wehhh...

Bullet train. Sangat laju dan sangat 'cool'!



Tak lupa juga pergi jalan-jalan ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 8 Disember 2013. Bersama 2 lagi sahabat, kami 'meredah' bandar Ho Chi Minh berpandukan peta dan bertanya sana-sini. Memang tak tahu apa2 tapi seronok sebab murah. Ada jugak yang tak best tapi malas nak kenang. Tapi yang penting ialah, kami bersyukur sangat sebab lahir kat Malaysia ni. Cuma sedih sebab tengok anak2 bangsa yang lupa diri dan tak tahu menghargai. Tengok anak2 kat negara orang yang susah tapi masih nak belajar. Takpe. Tahun ni kita cuba lagi. 

Saigon Post Office.

Kawan baru, Tomoko. Nak pergi Mekong River Cruise.

Hmmm... kenapalah tak mengantuk lagi mata ni.  Dah pukul 3.47 pagi. Ok. Banyak lagi nak share tapi tangan dah nak 'cramp' sejuk. Takpe. Tahun ni kita cuba post banyak lagi entry. Dah le typing dalam gelap. 

Well, selamat menempuh tahun 2014. Nak try tido ni coz perut dah lapar... kat luar rumah macam2 bunyi pelik ada. Hehehe... Nite!

Sunday, 27 October 2013

The First Step...

Assalamualaikum and Hello!

Mula-mula sekali nak bagitau, tak reti nak tulis apa. Nak guna bahasa rasmi ke, bahasa pasar ke, nak campur dengan English ke... and more important, ada orang nak baca ke? Tapi pikir punya pikir, selama ni tak pernah peduli sangat pun dengan apa yang orang lain fikir. So, kenapa nak berubah demi orang lain? Biarlah orang tak baca sekalipun, yang penting hasrat nak buat something yang bertahun lamanya dipendam akhirnya terlaksana.

Sebenarnya, teringin nak berblog ni dah lama. Orang lain dah bertahun-tahun buat. Tapi asyik bertangguh, and rasa macam ada ke topik yang nak menarik orang nak baca. Tapi, sekarang ni memang dah tak tahan. Perasaan nak menulis, berkongsi cerita dan pengalaman, dan meluahkan perasaan ni semakin membuak-buak. Then, kongsi cerita dengan students, Raja Azyan, Diyana and Hajar pasal blogging. Hey, takkan la anak murid pun boleh berblog, cikgunya boleh minum Cool Blog je. Bukan tercabar, tapi nak menambah ilmu and mengasah semula bakat yang dah terendam. Hahaha...

Nak bagi nama kat blog ni pun satu hal jugak. Habis segala mak nenek bahasa Jepun, Korea, and Italy keluar. Melayu and English tu tak payah cakap la.. Konon-konon nak unik dari orang lain. Tapi nanti kang sendiri lupa nama blog yang canggih sangat. So, pilih le nama sendiri sebab nak tulis pun pasal my view and experience with the world. Haaa... senang jeh. Jujur dan mudah.

Ok.. Introduction panjang berjela pun tak guna. Nak tengok dulu response dalam 2, 3 hari ni. Kalau sapa-sapa terbaca and nak terkomen silakan. I really welcome the feedback. Dan jangan kutuk, tapi tunjuk ajarlah orang tak muda sangat yang perasan budak baru belajar ni nak berblog. OK? Adios amigos!

Haa.. gambar yang bakal menjadi intro kepada entry yang lain. Tungguuu....