Selamat ke? Sama-samalah kita berdoa ye. Well, diri ini tak merancang or membuat azam baru pun. Dah lama tak berazam pun. For me, a new year is just another holiday. Hari untuk berehat dan bersedia sebelum berperang dengan mereka yang tidak mahu belajar, juga berkelah dengan mereka yang mahu meneroka ke rimba ilmu dan lautan pengetahuan. Chewahhh... ter'puitis' sekejap bahasaku.
Anyway, it is 3.17 a.m. and I can't sleep. Puas sudah golek ke kiri dan kanan. Cuaca sejuk camni tak boleh nak tido. Lemak kat badan ni hanyalah hiasan semata2. So, baik merepek sikit2. Dari berangan yang bukan2, baik ambik kesempatan mengimbas kembali tahun 2013 yang baru 3 jam lebih berlalu.
Yang paling menggembirakan tahun 2013 ni tentulah sewaktu dapat menjejakkan kaki di negara matahari terbit. Cita2 dari kecik lagi tu nak pergi sana. My obsession with everything Japan akhirnya berbaloi. 10 tahun berangan dan merancang dengan Kak Sham, my best friend kat bumi Keratong ni, akhirnya menjadi realiti. 28 May 2013 menjadi tarikh keramat. Seminggu di sana menyedarkan diri ini betapa jauh lagi perjalanan menyediakan dan menyedarkan anak-anak didik betapa ketinggalannya kita semua dari segi sikap berbanding masyarakat Jepun. Takpe. Tahun ni cuba lagi. Biarpun seorang je yang mampu berubah, itu dah kira satu kejayaan. Heyyy... bukan senang ye nak berubah jadi baik. Hehehehehehe...
![]() |
| Tokyo Disneyland with Kak Sham, Junko and Donald Duck. |
![]() |
| Sushi time... memang beza la rasanya dengan sushi kat Malaysia. Sedap wehhh... |
![]() |
| Bullet train. Sangat laju dan sangat 'cool'! |
Tak lupa juga pergi jalan-jalan ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 8 Disember 2013. Bersama 2 lagi sahabat, kami 'meredah' bandar Ho Chi Minh berpandukan peta dan bertanya sana-sini. Memang tak tahu apa2 tapi seronok sebab murah. Ada jugak yang tak best tapi malas nak kenang. Tapi yang penting ialah, kami bersyukur sangat sebab lahir kat Malaysia ni. Cuma sedih sebab tengok anak2 bangsa yang lupa diri dan tak tahu menghargai. Tengok anak2 kat negara orang yang susah tapi masih nak belajar. Takpe. Tahun ni kita cuba lagi.
Hmmm... kenapalah tak mengantuk lagi mata ni. Dah pukul 3.47 pagi. Ok. Banyak lagi nak share tapi tangan dah nak 'cramp' sejuk. Takpe. Tahun ni kita cuba post banyak lagi entry. Dah le typing dalam gelap.
Well, selamat menempuh tahun 2014. Nak try tido ni coz perut dah lapar... kat luar rumah macam2 bunyi pelik ada. Hehehe... Nite!



No comments:
Post a Comment